Berikut adalah beberapa pertanyaan umum yang biasa ditanyakan oleh pelanggan kami sebelum pindah masuk. Kami berharap boleh menjawab soalan anda, jika anda tidak dapat menemui jawapan yang anda perlukan, anda boleh menghubungi kami.
Saiz adalah berukuran di antara 14 kaki persegi sehingga 160 kaki persegi.
Apakah tempoh minima penyimpanan?
Tempoh minima di Flexi Storage adalah 1 bulan.
Kebolehcapaian dan Keselamatan
Berapa kali boleh saya akses ke barang-barang saya?
Di Flexi Storage, anda boleh mengunjungi barang-barang anda pada bila-bila hari dan waktu sepanjang tahun, termasuk cuti umum.
Bagaimana dengan soal keselamatan unit-unit penyimpanan?
Flexi Storage tidak memandang ringan soal keselamatan, maka kami mempunyai pengawal, alamat kod laluan dan juga kamera tutup litar (CCTV) yang tidak terhingga sebagai langkah-langkah keselamatan.
Kadar dan Pembayaran
Apakah kadar untuk sewa sesebuah unit?
Di Flex Storage, ia bergantung kepada saiz unit anda dan jangka masa. Sewa boleh bermula dari harga serendah RM50. Anggaran harga boleh didapati di laman web, sila gunakan mengikut keselesaan anda.
Apakah pilihan pembayaran yang tersedia ada?
Seperti nama kami, kami mempunyai beberapa pilihan, kami menerima wang tunai, Visa, Mastercard, dan juga cek
Apa pembayaran lain yang diperlukan semasa menyewa unit?
Di Flexi Storage kami mempunyai caj pentadbiran satu kali, deposit keselamatan yang dapat dikembalikan dan tidak memperoleh kos tersembunyi.
Adakah terdapat diskaun atau promosi khas yang ditawarkan?
Kadangkala potongan harga dan promosi khas akan diberikan kepada pelanggan Flexi Storage.
Penamatan dan Penyambungan
Berapa jangkamasa lebih awal perlu saya beri notis untuk menamatkan penyewaan unit penyimpanan?
Di Flexi Storage, anda perlu memberikan notis 2 minggu lebih awal terlebih dahulu, untuk memaklumkan kami hasrat anda untuk pindah keluar.
Bagaimanakah saya boleh memanjangkan tempoh sewaan saya?
Di Flexi Storage kontrak akan diperbaharui secara automatik setiap bulan, kecuali jika diberi arahan atau pemberitahuan mengenai niat anda untuk pindah.
Dokumentasi
Apakah dokumen-dokumen yang saya perlukan apabila menyewa satu unit?
Bagi syarikat perniagaan, salinan terkini Suruhanjava Syarikat Malaysia (SSM), cap syarikat dan nombor GST serta salinan IC atau paspot kakitangan yang diberi kuasa. Untuk simpanan peribadi atau pelajar, salinan IC atau paspot diperlukan semasa menyewa unit simpanan